SOAL KAHWIN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

     Sebelum ni entry alamqalamm ada kongsi  fasal DEKAT. Kemudian, fasal JODOH dan sekarang saya nak kongsi fasal KAHWIN. Ya... Kronologi tu kena ada.

     Cakap soal KAHWIN kebanyakan pasangan akan gembira. Kenapa kebanyakan? Kerana ada di antara golongan minoriti yang tidak merasa kegembiraan itu sebelum ke jinjang pelamin atas faktor tersendiri.

     GEMBIRA vs KAHWIN pada saya perlu dilihat pada skop yang lebih ke hadapan. Gembira selepas KAHWIN sebenarnya yang perlu dicapai. Berapa pasangan yang masih indah bercinta di alam perkahwinan? Adakah GEMBIRA itu akan kekal hingga akhir hayat?

     Istilah 'Sedangkan lidah lagi tergigit' boleh dianggap sebagai istilah atau madah yang paling popular di alam perkahwinan. Mustahil pertengkaran manja tidak berlaku. Kadangkala itu yang akan lebih akrabkan hubungan sesama pasangan.

     Berbalik pada soal KAHWIN, perkahwinan itu akan lebih indah jika mendapat pasangan yang memahami dan menghargai anda hingga akhir hayat. Golongan wanita khususnya sering mengimpikan seorang suami yang beriman, setia, penyayang, romantik dan sempurna serba-serbi. Itu fitrah. Sekurang-kurangnya manusia normal akan menetapkan satu kelebihan yang perlu ada pada pasangannya.

     Walau apapun impian kita, harapan kita pada pasangan, kita harus bersedia 100% dengan kekurangan yang ada pada pasangan tersebut. Kerana kekurangan itulah yang perlu dijaga supaya alam rumah tangga tidak sering melihat kekurangan itu sebagai pengukur yang mampu menggoyahkan alam perkahwinan tersebut.

     Sikap HORMAT perlu dalam setiap hubungan. Baik di dalam perkahwinan, keluarga ataupun sesama manusia. Tanpa hormat manusia seolah-olah membawa jasad tanpa roh. Tanpa hormat sifat kemanusiaan itu akan hilang. Tanpa hormat juga segala aib dan kekurangan akan dicanang. Jangan hanya melihat orang lain sahaja yang perlu hormatkan kita. Bagaimana kita, begitulah cerminan layanan mereka di sekeliling kita.

     Untuk menempuh alam perkahwinan ini segala aspek perlu diteliti. Kesempurnaan itu tidak mungkin terjadi. Namun, boleh cuba dicapai melalui penghargaan kita terhadap pasangan. Kita mendoakan jodoh yang terbaik. Jodoh yang telah ditetapkan itulah yang selayaknya diterima.

Jika kurang, bentukla ia.
Jika sempurna, bersyukurlah kita.

P/S: Penulisan ini berdasarkan pemikiran penulis semata-mata. Kadangkala, pengalaman merupakan perkongsian sebaiknya. Kadangkala, kematangan turut mampu menjadikan perkongsian itu lebih indah.

Comments

  1. perkongsian yang menarik, selamat menempuh alam rumah tangga kelak :) semoga beroleh keluarga yang sakinah dan mawaddah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fifi athirah. Insyllah sama-sama kita perolehi kebhagiaan dunia akhirat. Ameen.

      Delete
  2. perkongsian yang amat menarik.. salam ceria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih belogkiter. Moga dapat beri sesuatu yang positif untuk kita.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts