Aib...

   Aib sesuatu yang paling dijaga. Paling takut kalau terbongkar. Kalau pecah. Tapi saya jamin tak ada manusia yang mampu menampung dan menjaga aib seseorang atas muka bumi ni. Paling tidak, pasti ada seorang dua yang secara sengaja atau tidak telah menjadi mangsa aib tersebut.

   Pada saya aib itu berpunca dari kekurangan individu. Apabila ada kurangnya maka berlakulah situasi tidak puas hati bagi pihak individu yang lain. Situasi itulah yang akan jadi perencah dan bahan penyedap mulut ketika berbicara.

   Bagi individu si penyebar cerita, padanya itu tidak salah kerana menyatakan hal sebenar. Tidak memfitnah. Tapi hakikatnya peratusan dosa itu telah terisi. Saya pasti semua manusia normal tidak suka sesiapa pun bercakap tetang sesuatu yang membuka aibnya. Jadi, letakkan diri kita di situ.

   Jadi,  untuk elakkan kita dari terjebak mengaibkan sesorang, jom cuba cara ni. Perkongsian dari beberapa rakan.

1. Gigit tangan sendiri sekuat hati kalau mulut terlepas cakap aibkan seseorang.
2. Cepat-cepat istighfar jika tersedar anda sedang aibkan seseorang.
3. Ketika aibkan seseorang tiba-tiba anda tersedar yang anda tidak sepatutnya aibkan seseorang itu, maka cepat-cepatlah ubah topik. Walaupun topik yang disambung tu tak de kena mengena.
4. Cuba fikir kebaikan individu yang bakal anda aibkan itu. Lupakan apa saja perkara negatif mengenai individu tersebut.
5. Elakkan berada dalam jemaah yang gemar aibkan seseorang.

   Lumrahnya manusia lebih suka mengumpul dosa dari mengait pahala.

Comments

Popular Posts