Wednesday, 27 May 2015

DEKAT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

     Saya suka untuk berkongsi tentang sesuatu yang DEKAT. Yang paling hampir. DEKAT di hati. DEKAT di sisi. DEKAT di mata. Yang DEKAT itu yang selalu dan sentiasa diperhati.

     Jika dilihat dari sudut positif yang DEKAT inilah yang kita paling selesa. Yang paling kita perlukan. Yang paling kita sayang. Tapi jika dilihat dari sudut sebaliknya, yang DEKAT itu yang merimaskan. Yang membosankan.

     Jangan lihat konsep DEKAT ini sebagai sesuatu yang terkurung. Bebaskan konsep DEKAT itu pada tempat yang selayaknya. Jika anda artis, anda merasakan yang paling DEKAT adalah keluarga, sahabat dan peminat anda. Tetapi ada kemungkinan antara kelompok yang DEKAT dengan anda itu akan merimaskan. Contohnya, jika peminat sering mengganggu jadual atau rutin anda, itu secara tidak langsung akan membibitkan rasa DEKAT yang tidak sempurna.

     Apa yang cuba di'highlight'kan di sini adalah sempurnakan rasa DEKAT itu dengan penghargaan yang selayaknya. Kesempurnaan itu mungkin tidak boleh dilaksanakan 100%, tetapi boleh dilihat dan dihargai melalui kaca mata mereka yang sentiasa DEKAT dengan kita.

Dekat dengan agama adalah sebaiknya.
Dekat dengan manusia bibitkan bahagia.

P/S: Coretan adalah melalui pemikiran penulis semata-mata.

No comments:

Post a Comment