Jejak Kaki Jogjakarta

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...

   Hokey! Entah kenapa sebulan dua ni mood untuk makan angin semakin menjadi-jadi. Tapi masih mampu dikawal lagi nafsu berjalan tu. Sabau kata orang. Tiba masa yang sesuai, poket dah tebal ayuhlah kita meneruskan jejak-jejak di muka bumi ini.

     Dek kerana mood melancong yang membara ni, akal yang waras ini tiba-tiba rasa nak update tentang Jejak Kaki di Jogjakarta pada November 2014 lalu. Dah hampir setahun. Tapi tak apa. Sesuatu pengalaman tu takkan basi.

     Berbalik kepada imbasan pengalaman ke Jogjakarta, saya bersama backpacker kesayangan iaitu cik Suhaila memulakan perjalanan ke KLIA2 pada jam 6.30 pagi. Flight ke Jogjakarta adalah pada jam 9.30 pagi. Sebaik sampai di  KLIA2, bergegas kami untuk menguruskan perkara penting sebelum berlepas. Perjalanan dari KLIA2 ke Jogjakarta memakan masa hampir dua jam setengah.

     Setibanya kami di Jogjakarta, kami menguruskan hal berkaitan kenderaan untuk ke hotel. Hotel telah dibooking melalui booking.com seminggu sebelum kami ke sini. Kami membuat keputusan untuk menggunakan pengangkutan awam sahaja untuk ke hotel yang terletak berhampiran jalan Malioboro. Nak jimat katanya. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harga teksi mahupun kenderaan yang tersedia dia luar airport sangat tidak masuk akal. Hampir kesemua pelawaan supir ketika itu ditolak. Tidak setuju dengan harga sekitar 100,000 ke 130,000 rupiah yang ditawarkan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan keluar dari airport dan mencari teksi di luar kawasan airport tersebut. Setelah penat dengan keadaan sekeliling akhirnya kami setuju dengan tambang sebanyak 110,000 rupiah. Kami akui kami tewas untuk mempertahankan rupiah kami pada awalnya.



    Setiba di hotel Ekon, kami menunaikan solat Jamak. Saya tertarik dengan suasana dan keadaan di sana. Kekal tradisi. Lewat petang itu saya dan Cik Su ke jalan Malioboro. Sekadar untuk melihat suasana di sana dan mencari beberapa info berguna berkenaan dengan sosioekonomi masyarakat di situ.

     Ketika di Malioboro kami menjamu selera di Kedai Makan Nasi Ayam Penyet. Agak sukar untuk mencari tempat makan bertaraf restoran di sini. Walaubagaimanapun saya berpuas hati dengan masakannya. Cik Su pula telah jatuh hati dengan Hot Chocolate di sana sampai sanggup berulang 3 4 kali semata-mata untuk menghirup hot choc tersebut. Aktiviti malamnya kami hanya beristirehat di hotel Sambil menguruskan tentang transportation untuk makan angin esok! Yuhuuu.

    Hari kedua di Jogjakarta, kami dibawa oleh Astin ke Taman Air Taman Sari, Candi Borobudur, Pantai Parangtritis, pusat pembuatan kulit dan pusat pemprosesan kuaih tradisi di Jogjakarta iaitu Bakpia. Dari pagi hingga ke malam energy kami tak turun satu bar pun. Semangat punya pasal. Cuma jejak kami dari satu tempat ke satu tempat agak terbatas dari segi masa sebab keadaan pada musim hujan.

     Pada hari ketiga, saya dan Cik Su hanya bermalasan di hotel. Sebenarnya kami masih cuba sesuaikan diri dengan keadaan masa di sana. Jam 6 pagi matahari dah megah tunjuk diri. Lepas breakfast, aku dan Cik Su diketuk dengan watsapp dari rakan sekelas di UM. Banyak perkara dalam tugasan kami perlu dibetulkan. Mood berjalan hilang. Buka buku terus mentelaah sampai ke malam. Malam pun makan megi. Tapi feel buat asgnment hari tu lain macam sikit semangatnya.

     Hari ketiga, kami berjalan di sekitar pekan Malioboro sekali lagi. Kali ni kami memang 'pose' sakan sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Sempat ke Pasar Atas dan Pasar Bawah dibMalioboro dan ke gedung Matahari. Bila jejak dalam shopping mall dorang terus aku rasa dalam satu dunia yang lain. Di luar golongan marhein, di dalam golongan berwang. Ada satu rasa yang aku sendiri tak boleh nak describe. Malamnya, aku dan Cik Su memulakan proses menebar apa hasil tangkapan kami di Jogja. Aku berjaya leburkan rupiah dengan membeli beberapa helai tshirt, kain batik, bakpia dan cenderahati. Hasil tangkapan Cik Su paling menjadi. Beg kulit sapi, tshirt, dan cenderahati yang aku sendiri teruja.

     Hari terakhir kami di sini, kami meminta Pak Adi untuk menghantar kami ke candi Prambanan sebelum ke airport. Selama sejam kami di Prambanan sudah cukup untuk membuatkan kami tersenyum. Memang percutian pendek ini tak dapat cover semua tempat di Jogja yang menarik. Jika ada rezeki kami akan ke sini lagi. So, jom enjoy gambar2 jejak kami ketika di Jogjakarta.















Comments

Popular Posts