Kota Padang Penuh Adat

Selepas Hari Raya Aidilfitri lepas kira-kira pada bula Ogos lalu, saya berpeluang mengikuti program pertukaran pelajar anjuran Akademi Pengajian melayu Universiti Malaya ke Universitas Andalas di padang.

19 hari di sana sangat memeberi pelbagai momen indah. Yang tidak ada di Malaysia. Tipu kalau cakap saya tidak rindukan teh tarik dan nasi lemak. Kebanyakan berbeza. Dari segi adat, bahasa, gaya hidup.. Semuanya berbeza. Mungkin ada hanya beberapa sub topik yang boleh disamakan dengan budaya Malaysia.

Bukit Tinggi lokasi yang wajib dikunjungi. Untuk para ibu membeli-belah. Saya turut terjebak. Konon membeli untuk persiapan perkahwinan.

Danau Maninjau yang penuh dengan ketenangan. Tak mungkin sesiapa yang pernah ke sana akan lupakan momen yang sangat indah dengan pemandangan yang memukau.

Buya Hamka dan Taufiq Ismail. Dua nama gah di Padang yang membuatkan saya lebih menghargai apa itu seni. Berkarya mengikut acuan sendiri.

Soal makanan... memang tak dapat disangkal. Semuanya kena dengan selera. Paling 'rare' adalah teh telur yang berjaya dihabiskan walaupun mendapat cebikan dari semua rakan sebaya yang turut serta. Ikan bakar dan jus jeruk aptut dicuba. Kari kulit lembu dan kari otak lembu saya hold dulu. Berkira-kira untuk makan apabila memikirkan makanan tersebut tak dapat dihadam dengan sempurna.

Sepanjang di sana saya dan rakan sebaya kerap ke Pekan Baru. Entah apa dicari tapi yang pasti kami leka di sana. Gelagat warga Padang yang banyak membantu. Keletah kami yang mengejar Angkut. Tersesat ke sana sini. Sanggup berhujan panas. Memujuk abang Angkut untuk hantar kami ke asrama. Semuanya indah. Yang paling indah adalah apabila ke mana-mana ditemani dengan sahabat-sahabat yang caring. Langsung tidak mengambil kesempatan. Betullah apa kata orang. Nak tahu setiap perangai manusia itu.. bermusafirlah dengannya. Ketika itu tahulah bagaimana dia dan bagaimana kita.

Comments

Popular Posts