Wednesday, 27 May 2015

SOAL KAHWIN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

     Sebelum ni entry alamqalamm ada kongsi  fasal DEKAT. Kemudian, fasal JODOH dan sekarang saya nak kongsi fasal KAHWIN. Ya... Kronologi tu kena ada.

     Cakap soal KAHWIN kebanyakan pasangan akan gembira. Kenapa kebanyakan? Kerana ada di antara golongan minoriti yang tidak merasa kegembiraan itu sebelum ke jinjang pelamin atas faktor tersendiri.

     GEMBIRA vs KAHWIN pada saya perlu dilihat pada skop yang lebih ke hadapan. Gembira selepas KAHWIN sebenarnya yang perlu dicapai. Berapa pasangan yang masih indah bercinta di alam perkahwinan? Adakah GEMBIRA itu akan kekal hingga akhir hayat?

     Istilah 'Sedangkan lidah lagi tergigit' boleh dianggap sebagai istilah atau madah yang paling popular di alam perkahwinan. Mustahil pertengkaran manja tidak berlaku. Kadangkala itu yang akan lebih akrabkan hubungan sesama pasangan.

     Berbalik pada soal KAHWIN, perkahwinan itu akan lebih indah jika mendapat pasangan yang memahami dan menghargai anda hingga akhir hayat. Golongan wanita khususnya sering mengimpikan seorang suami yang beriman, setia, penyayang, romantik dan sempurna serba-serbi. Itu fitrah. Sekurang-kurangnya manusia normal akan menetapkan satu kelebihan yang perlu ada pada pasangannya.

     Walau apapun impian kita, harapan kita pada pasangan, kita harus bersedia 100% dengan kekurangan yang ada pada pasangan tersebut. Kerana kekurangan itulah yang perlu dijaga supaya alam rumah tangga tidak sering melihat kekurangan itu sebagai pengukur yang mampu menggoyahkan alam perkahwinan tersebut.

     Sikap HORMAT perlu dalam setiap hubungan. Baik di dalam perkahwinan, keluarga ataupun sesama manusia. Tanpa hormat manusia seolah-olah membawa jasad tanpa roh. Tanpa hormat sifat kemanusiaan itu akan hilang. Tanpa hormat juga segala aib dan kekurangan akan dicanang. Jangan hanya melihat orang lain sahaja yang perlu hormatkan kita. Bagaimana kita, begitulah cerminan layanan mereka di sekeliling kita.

     Untuk menempuh alam perkahwinan ini segala aspek perlu diteliti. Kesempurnaan itu tidak mungkin terjadi. Namun, boleh cuba dicapai melalui penghargaan kita terhadap pasangan. Kita mendoakan jodoh yang terbaik. Jodoh yang telah ditetapkan itulah yang selayaknya diterima.

Jika kurang, bentukla ia.
Jika sempurna, bersyukurlah kita.

P/S: Penulisan ini berdasarkan pemikiran penulis semata-mata. Kadangkala, pengalaman merupakan perkongsian sebaiknya. Kadangkala, kematangan turut mampu menjadikan perkongsian itu lebih indah.

DEKAT

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

     Saya suka untuk berkongsi tentang sesuatu yang DEKAT. Yang paling hampir. DEKAT di hati. DEKAT di sisi. DEKAT di mata. Yang DEKAT itu yang selalu dan sentiasa diperhati.

     Jika dilihat dari sudut positif yang DEKAT inilah yang kita paling selesa. Yang paling kita perlukan. Yang paling kita sayang. Tapi jika dilihat dari sudut sebaliknya, yang DEKAT itu yang merimaskan. Yang membosankan.

     Jangan lihat konsep DEKAT ini sebagai sesuatu yang terkurung. Bebaskan konsep DEKAT itu pada tempat yang selayaknya. Jika anda artis, anda merasakan yang paling DEKAT adalah keluarga, sahabat dan peminat anda. Tetapi ada kemungkinan antara kelompok yang DEKAT dengan anda itu akan merimaskan. Contohnya, jika peminat sering mengganggu jadual atau rutin anda, itu secara tidak langsung akan membibitkan rasa DEKAT yang tidak sempurna.

     Apa yang cuba di'highlight'kan di sini adalah sempurnakan rasa DEKAT itu dengan penghargaan yang selayaknya. Kesempurnaan itu mungkin tidak boleh dilaksanakan 100%, tetapi boleh dilihat dan dihargai melalui kaca mata mereka yang sentiasa DEKAT dengan kita.

Dekat dengan agama adalah sebaiknya.
Dekat dengan manusia bibitkan bahagia.

P/S: Coretan adalah melalui pemikiran penulis semata-mata.

Sunday, 24 May 2015

JODOH

ADAM ada HAWA,
REMEO ada JULIET,
SHAH JEHAN ada MUMTAZ SHAH.

AKU ada KAU,
KAU entah siapa,
Entah dari mana,
Entah bila ALLAH tetapkan masanya.

Ikatan tanpa halal bukan jaminan,
Sedangkan ikatan halal pun hanya pinjaman,
Apalah fungsinya ikatan tanpa halal hanya sekadar meniti di bibir sang manusia.

Usah menggaji diri berfikir tentang urusan Pencipta,
Pencipta menetapkan yang sebaiknya,
Penyedap rasa yang perlu ada hanyalah usaha dan doa.

Jika hari ini JODOH kita entah di mana,
SENYUMLAH...
Kerana senyuman itu tandanya kita redha dan sabar menanti hadiah dariNYA.

...ALHAMDULILLAH...

Sunday, 3 May 2015

Aib...

   Aib sesuatu yang paling dijaga. Paling takut kalau terbongkar. Kalau pecah. Tapi saya jamin tak ada manusia yang mampu menampung dan menjaga aib seseorang atas muka bumi ni. Paling tidak, pasti ada seorang dua yang secara sengaja atau tidak telah menjadi mangsa aib tersebut.

   Pada saya aib itu berpunca dari kekurangan individu. Apabila ada kurangnya maka berlakulah situasi tidak puas hati bagi pihak individu yang lain. Situasi itulah yang akan jadi perencah dan bahan penyedap mulut ketika berbicara.

   Bagi individu si penyebar cerita, padanya itu tidak salah kerana menyatakan hal sebenar. Tidak memfitnah. Tapi hakikatnya peratusan dosa itu telah terisi. Saya pasti semua manusia normal tidak suka sesiapa pun bercakap tetang sesuatu yang membuka aibnya. Jadi, letakkan diri kita di situ.

   Jadi,  untuk elakkan kita dari terjebak mengaibkan sesorang, jom cuba cara ni. Perkongsian dari beberapa rakan.

1. Gigit tangan sendiri sekuat hati kalau mulut terlepas cakap aibkan seseorang.
2. Cepat-cepat istighfar jika tersedar anda sedang aibkan seseorang.
3. Ketika aibkan seseorang tiba-tiba anda tersedar yang anda tidak sepatutnya aibkan seseorang itu, maka cepat-cepatlah ubah topik. Walaupun topik yang disambung tu tak de kena mengena.
4. Cuba fikir kebaikan individu yang bakal anda aibkan itu. Lupakan apa saja perkara negatif mengenai individu tersebut.
5. Elakkan berada dalam jemaah yang gemar aibkan seseorang.

   Lumrahnya manusia lebih suka mengumpul dosa dari mengait pahala.

Friday, 1 May 2015

Jejak Kaki Jogjakarta

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...

   Hokey! Entah kenapa sebulan dua ni mood untuk makan angin semakin menjadi-jadi. Tapi masih mampu dikawal lagi nafsu berjalan tu. Sabau kata orang. Tiba masa yang sesuai, poket dah tebal ayuhlah kita meneruskan jejak-jejak di muka bumi ini.

     Dek kerana mood melancong yang membara ni, akal yang waras ini tiba-tiba rasa nak update tentang Jejak Kaki di Jogjakarta pada November 2014 lalu. Dah hampir setahun. Tapi tak apa. Sesuatu pengalaman tu takkan basi.

     Berbalik kepada imbasan pengalaman ke Jogjakarta, saya bersama backpacker kesayangan iaitu cik Suhaila memulakan perjalanan ke KLIA2 pada jam 6.30 pagi. Flight ke Jogjakarta adalah pada jam 9.30 pagi. Sebaik sampai di  KLIA2, bergegas kami untuk menguruskan perkara penting sebelum berlepas. Perjalanan dari KLIA2 ke Jogjakarta memakan masa hampir dua jam setengah.

     Setibanya kami di Jogjakarta, kami menguruskan hal berkaitan kenderaan untuk ke hotel. Hotel telah dibooking melalui booking.com seminggu sebelum kami ke sini. Kami membuat keputusan untuk menggunakan pengangkutan awam sahaja untuk ke hotel yang terletak berhampiran jalan Malioboro. Nak jimat katanya. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harga teksi mahupun kenderaan yang tersedia dia luar airport sangat tidak masuk akal. Hampir kesemua pelawaan supir ketika itu ditolak. Tidak setuju dengan harga sekitar 100,000 ke 130,000 rupiah yang ditawarkan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan keluar dari airport dan mencari teksi di luar kawasan airport tersebut. Setelah penat dengan keadaan sekeliling akhirnya kami setuju dengan tambang sebanyak 110,000 rupiah. Kami akui kami tewas untuk mempertahankan rupiah kami pada awalnya.



    Setiba di hotel Ekon, kami menunaikan solat Jamak. Saya tertarik dengan suasana dan keadaan di sana. Kekal tradisi. Lewat petang itu saya dan Cik Su ke jalan Malioboro. Sekadar untuk melihat suasana di sana dan mencari beberapa info berguna berkenaan dengan sosioekonomi masyarakat di situ.

     Ketika di Malioboro kami menjamu selera di Kedai Makan Nasi Ayam Penyet. Agak sukar untuk mencari tempat makan bertaraf restoran di sini. Walaubagaimanapun saya berpuas hati dengan masakannya. Cik Su pula telah jatuh hati dengan Hot Chocolate di sana sampai sanggup berulang 3 4 kali semata-mata untuk menghirup hot choc tersebut. Aktiviti malamnya kami hanya beristirehat di hotel Sambil menguruskan tentang transportation untuk makan angin esok! Yuhuuu.

    Hari kedua di Jogjakarta, kami dibawa oleh Astin ke Taman Air Taman Sari, Candi Borobudur, Pantai Parangtritis, pusat pembuatan kulit dan pusat pemprosesan kuaih tradisi di Jogjakarta iaitu Bakpia. Dari pagi hingga ke malam energy kami tak turun satu bar pun. Semangat punya pasal. Cuma jejak kami dari satu tempat ke satu tempat agak terbatas dari segi masa sebab keadaan pada musim hujan.

     Pada hari ketiga, saya dan Cik Su hanya bermalasan di hotel. Sebenarnya kami masih cuba sesuaikan diri dengan keadaan masa di sana. Jam 6 pagi matahari dah megah tunjuk diri. Lepas breakfast, aku dan Cik Su diketuk dengan watsapp dari rakan sekelas di UM. Banyak perkara dalam tugasan kami perlu dibetulkan. Mood berjalan hilang. Buka buku terus mentelaah sampai ke malam. Malam pun makan megi. Tapi feel buat asgnment hari tu lain macam sikit semangatnya.

     Hari ketiga, kami berjalan di sekitar pekan Malioboro sekali lagi. Kali ni kami memang 'pose' sakan sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Sempat ke Pasar Atas dan Pasar Bawah dibMalioboro dan ke gedung Matahari. Bila jejak dalam shopping mall dorang terus aku rasa dalam satu dunia yang lain. Di luar golongan marhein, di dalam golongan berwang. Ada satu rasa yang aku sendiri tak boleh nak describe. Malamnya, aku dan Cik Su memulakan proses menebar apa hasil tangkapan kami di Jogja. Aku berjaya leburkan rupiah dengan membeli beberapa helai tshirt, kain batik, bakpia dan cenderahati. Hasil tangkapan Cik Su paling menjadi. Beg kulit sapi, tshirt, dan cenderahati yang aku sendiri teruja.

     Hari terakhir kami di sini, kami meminta Pak Adi untuk menghantar kami ke candi Prambanan sebelum ke airport. Selama sejam kami di Prambanan sudah cukup untuk membuatkan kami tersenyum. Memang percutian pendek ini tak dapat cover semua tempat di Jogja yang menarik. Jika ada rezeki kami akan ke sini lagi. So, jom enjoy gambar2 jejak kami ketika di Jogjakarta.















Thursday, 30 April 2015

Melancong: Pelaburan atau Peleburan?

Assalamualaikum... Selamat Sejahtera...

 Permulaan untuk tahun 2015. Banyak perkongsian yang tertangguh. Tahun 2015 akublebih banyak memerhati. Antara fenomena atau trend yang agak hangat untuk tahun 2015 adalah melancong. Ya. Aku sendiri agak melompat kecil kalau ada peluang untuk melancong. 

   Untungnya, aku dah jumpa geng untuk ber'backpacker'. Untuk merealisasikan impian untuk melancong. Betul. Nak melancong, nak bercuti perlu dengan orang yang betul dan ada minat yang sama. 

   Melancong pada aku bukan sekadar untuk melepaskan tekanan atau sekadar untuk bergelak ketawa gembira. Melancong ini juga pada pandangan peribadi aku mampu menempelak diri kita yang jarang sekali bermuhasabah untuk mencari jalan pulang.

     Soal kemampuan atau kos melancong itu semua bergantung pada tuannya. Letaklah kayu pengukur sentiasa bersama. Jangan kurang atau lebih seinci. Jika anda bijak, ada tidak akan menyalahkan melancong sebagai aktiviti yang boleh meleburkan wang anda.

    Jika berpeluang melancong, pergilah ke tempat yang boleh membantu anda mencari diri anda. Pergilah melihat kesusahan dan kesempitan mereka di luar sana supaya anda tahu anda adalah manusia yang selayaknya bersyukur. Jika ini tercapai bermakna tujuan melancong anda membuahkan hasil. Bukan sahaja melunaskan minat melancong anda malahan memberi merit kepada motivasi diri.

    Jika anda berpeluang untuk menikmati perlancongan anda di tempat yang indah, yang mungkin kebanyakan orang tidak mampu merasainya, bersyukurlah. Jika ada gambar yang diupload, luahkan rasa bersyukur anda dapat menjejakkan kaki di sana. Satu peringatan, pastikan anda kebal daripada perasaan riak ketika berkongsi sebarang pengalaman ketika percutian anda. Barulah pelaburan dalam pelancongan itu berbaloi. 
   
  Ringkasnya, kita layak untuk beri ganjaran pada diri sendiri setelah apa yang telah kita berhempas pulas selama ini. Jangan takut pada istilah 'reward' diri sendiri kerana kita yang mengawalnya. Jadikan melancong itu satu pelaburan dan elakkan menjadikannya sebagai peleburan.



Friday, 7 November 2014

Mari Membuat Pasport

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... (semenjak ramai kawan non muslim sekarang dah terbiasa dengan word salam sejahtera tu...)

Baiklah... setelah sekian lama bertahun tak update blog ni, tetiba rasa nak sharing dengan kalian tentang liku-liku nak buat passport di PKNS Shah Alam.

Ok, untuk pengetahuan kalian saya ambik masa 3 hari untuk nak dapatkan passport tersebut. KENAPA? Sebab tak manage masa dengan betul.

Ok.. Mari cikgu bagi tips berguna untuk kalian. Pertama, pastikan kalian sampai di PKNS Shah Alam sebelum pukul 7 pagi. Saya sampai pukul 6.45pagi. Itu pun rasa macam nak terduduk kat tangga PKNS tu sebab dah beratus orang beratur.

Tips kedua, pastikan kalian masuk ikut pintu KFC PKNS. Sebab memang semua orang yang nak berurusan di imigresen akan berbaris di situ. Kalau korang menyelinap masuk ke imigresen ikut pintu ajaib yang lain, kalian silap besar. Tidak aci namanya.

Tips ketiga, bila sampai depan KFC tu cari seorang lelaki dalam lingkungan 50an yang pegang kertas putih.. Dia yang incharge bab beratur tu. Jangan beratur sembarono. Sebab kat situ lain tujuan, lain barisannya. Kalau xjumpa tanyala orang yang berbaris kat situ, kat mana barisan nak buat passport. Saya orang ke 12 hari tu. Barisan yang paling panjang jatuh kepada barisan mereka yang nak uruskan pekerja asing.

Tips keempat, duduk dalam barisan anda dan jangan potong Q. Tunggu sampai pintu imigresen buka jam 7.30 pagi. Waktu dalam barisan tu kalian dapat mengimbau saat rimbongan masa sekolah dulu okeh..

Tips kelima, sediakan IC, tunggu nombor giliran kalian. Bila dah selesai di kaunter lepas satu jam kalian boleh lah ambil passport kalian tu. Saya selesai urusan around pukul 9. Ok la tu kan...

So pada kalian yang merancang nak buat passport atau nak renew tu harapnya dapatlah membantu. Rancang perjalanan anda dengan lebih awal. Cewah... nah belanja gambaq sekeping.