Monday, 30 July 2012

SAHABAT

Kawan, sahabat, teman adalah mereka yang berada dekat dan ada di sekeliling kita. Jangan lupa, mencari sahabat yang baik adalah sesuatu yang dituntut. Tetapi tidak bermakna kita mengabaikan dan menolak langsung mereka yang  'kurang'.

Kadang-kadang kita anggap kita sempurna. Nak mencari sahabat dan mereka yang setanding dan sama level dengan kita. Kadang-kadang bila nak berdakwah tu pun kita ambil jalan mudah. Kita cuba tarik mereka yang dah sememangnya dah hampir dekat dengan jalan Allah hingga kita abaikan mereka yang dah sangat jauh dengan jalan Allah itu. Allah tu Maha Mengetahui. Kun Fayakun. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti mereka yang ada jauh di jalan Allah sekarang, mereka itu yang akan lebih dekat dengan Allah. Jangan memilih...

Alhamdulillah, hidup menumpang bernafas di bumi Allah selama 23 tahun ni mengajar aku kenali banyak hati yang bernama kawan. Betul ke kawan yang mencorak hidup kita? Jawapan aku YA. Selain daripada JODOH, kawan juga melengkapi hidup dan memenuhi kekurangan yang kita ada. Itu pasti. Jangan menafikan anda mampu hidup tanpa kawan. Jika begitu, sesungguhnya anda tidak menghargai peluang yang Allah berikan untuk menikmati hidup di bumiNya ini.

SAHABAT LALANG...
Sahabat lalang ni pada aku kadangkala menyerikan hidup kita. Walaupun hakikatnya kita seolah-olah mengacu pistol ke kepala sendiri jika jumpa sahabat seperti ini. Belakang cakap lain, depan cakap lain. Bahaya sahabat lalang ni sebab dia mampu menjatuhkan kita. Kalau kita bijak, yakinkan dia dengan kejujuran kita menjadikannya sebagai sahabat.

SAHABAT 'ROS'
Sahabat Ros atau bunga mawar ini sangat bahaya. Mereka baik di hadapan kita, rapat dengan kita tetapi kita tak sedar bahawa ada duri yang sedang merosakkan kita. Bisa duri itu memang mampu terus menjatuhkan kita. Selalunya sahabat seperti ini tidak mementingkan kita. Apa yang mereka tahu hanyalah untuk menikmati kehidupan tanpa memikirkan mati. Sahabat inilah yang akan hanyutkan kita dengan nikmat dunia. Aku sendiri pernah berada bersama kelompok ini. Sewaktu umur mula mencari kebebasan, aku diketemukan dengan manusia seperti ini. Namun, jangan sesekali menyalahkan sahabat Ros ini kerana mereka di antara insan yang memerlukan kita untuk menarik mereka ke jalan yang sepatutnya. 

SAHABAT KESAYANGAN
Jika hati anda meyakini seseorang yang bernama kawan, bersyukurlah. Ini bermakna anda telah disayangi dan menyayangi hamba Allah yang ada disekeliling anda. Untuk menyayangi seseorang tidak memerlukan masa yang lama. Kadangkala kita terpegun dengan keikhlasan dan kesungguhannya sehingga mengaggap bahawa 'kenapa dia perlu baik dengan aku?'. Itu bermakna Allah ketemukan kita dengan mereka yang menghargai mereka. Mereka seperti ini akan sentiasa mengambil berat tentang diri anda. Akan cuba menasihati anda jika anda cuba melangkah ke arah lopak-lopak yang tidak sempurna. Dengan sendirinya anda akan selesa bersama mereka ini. Rasa senang dengan tindak-tanduk yang mereka tonjolkan. Jika ada mereka seperti ini di sekeliling anda, jangan biarkan mereka ini berlalu begitu sahaja. Mereka akan menjadi tembok diri anda kelak. Mereka inilah juga yang akan mendoakan kesejahteraan hidup anda dunia dan akhirat. Alhamdulillah, aku kini di kelilingi sahabat-sahabat seperti ini. Mereka yang banyak memberi senyum, berkongsi duka, mendengar kisah hati dan sebagainya. Syukur Ya Allah. Permudahkanlah kehidupan sahabat-sahabatku ini. Apabila hati mula merindui mereka yang bernama sahabat, senyumlah. Insyallah, mereka juga akan merindui kita yang juga digelar sahabat.



Tuesday, 17 July 2012

IZHARFAN ARYAN & FATIMA AZZALEA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Menulis dengan jiwa,
Menulis dengan hati,
Menulis dengan perasaan,
Menulis dengan akal,
Menulis dengan fikiran,
Menulis dengan iman...

Insyallah harap semuanya dipermudahkan,
Dilancarkan...

IZHARFAN ARYAN & FATIMA AZZALEA


17/07/2012 [18:17]


Saturday, 14 July 2012

Untuk korang... :)

السلام عليكم




Hai... Entry ni khas untuk member-member yang sgt amik brt sal aku. Thanks sgt2... Susah payah hntar pegi balik g klinik, hospital bagai. Yang datang ziarah, yang tolong pkaikan seluar, pimpin jalan, sapu ubat semua... THNKS A LOT... 

Aku tak tau cane nak balas. Insyllah, ALLAH selayaknya balas jasa korang semua. Sorry sangat nyusahkan korang. Memang sakit aku ni x libatkan hidup dan mati tapi aku dah rasa macam mana nikmat yg ALLAH pinjamkan kat kita ditarik sikit demi sikit. Korang hargai elok2.. Sentiasa bersyukur. Sebab nak hadapi  sakit tu ALLAH je yang tahu macam mana sakitnya. Demi ALLAH aku tak tipu. Tapi aku pegang pada 1, ALLAH takkan uji hamba dia yang tak mampu terima ujian tu kan?:) Sekadar sedapkan hati sendiri.


Mungkin ni satunya cara ALLAH nak sucikan dosa kita. Aku tak baik pun. Kadang2 kita tak sedar dosa kita buat. Bila aku sendiri dah hilang upaya nak berjalan ni, aku jadi sebak. Aku fikir macam mana benda ni boleh jadi. Dulu aku yang boleh melompat, berlari but now i cant... Tak boleh langsung... Aku terima. Redha. 


Yezz.. Sapa yang kenal aku, korang tau aku camana. Aku tak suka sedih-sedih ni. Tapi dalam hidup kita perlu menangis. Kadang-kadang. Jangan selalu nanti orang menyampah. Hehehe... Kalau 2,3 hri ni ada yg ternampak aku nangis tu bukan sebab aku tahan sakit. Tu sebab aku nak diri aku kuat. Aku kena  paksa diri aku kuat. Aku tak nak orang sekeliling aku tak kuat sebab aku. Aku perlukan korang untuk support aku. Tu je. Tolongla doa. Aku takut nak hadapi hr yg kedepan ni. Sebulan, dua bulan kedepan.. Kita tak tau apa jadi. Kalau betul aku operation, tolong doakan aku boleh jalan macam dulu balik. Sekadar boleh berlari kena kejar dengan auk-auk pun x pe dah. Syukur sangat dah. Doala smoga cedera aku ni just ringan. 


For mak ayah... Hehehe..Thnks.. susah payah... Along rasa dah banyak kali along susahkan mak ayah. Patutnya sekarang mak ayah hidup dengan kesenangan along dah. Tapi again and again x abis2 buat kalian ssh hati kan? Dari kecik, bila along keluar x cukup bulan and doc cakap 50-50, tu pun dah buat mak ayah nangis. Bila dah besar, along slalu tak sht, mak ayh korban waktu semua jaga along. Bila along kat plkn and doc ckp kna operation, waktu tu pun mak ayah x serik pun susah payah. Along tengok macam mana mak ayah x pernah merungut jaga arwah tok. INSYALLAH. Along harap ALLAH bagi kekuatan kat along boleh jaga mak ayah macam tu nanti.


So, INSYALLAH... semua akan baik-baik... Buat semua kawan2 yang aku x dapat nak list nama korang semua kat sini, thnks sangat2. Insylah. Aku akan ada dgn korang balik nanti...


P/S: Lagu ni bkn sja2 aku post. Tolong hayati and slalu ingat ALLAH. Jgn lupa bersyukur. 


LOVE U KORANG... :)

[14/07/2012][15:07]



Friday, 13 July 2012

I LOVE U NANI...

السلام عليكم

Setiap orang perlu buat keputusan. Perlu tahu buat keputusan. Perlu yakin dengan keputusan yang akan dibuat tu. Semua orang akan benci untuk memilih antara dua. Tambah-tambah kalau benda tu benda yang tentukan masa depan kita. So, NANI you have to and you have dicided it. Congrates!

Kalau Along jadi Nani pun susah untuk along decide. Both adalah yang terbaik. Along tau macam mana susah Nani nak decide keputusan tu. Banyak kali Nani tanya along kan? Along x bagi jawapan kan? Sebab along nak nani decide. Along tau Nani tak happy. Tapi Nani kena ingat satu benda. Kadang-kadang benda yang paling bahagia ada kat depan tak semestinya kita akan mula dengan kebahagiaan jugak. Faham kan maksud along? 

Kalau nak compare antara Along, Ti and Nani, yes... Nani yang paling jiwa lembut. Even Nani diam, along tau apa yang nani pk. Kalau nani x selesa nak share apa2 dgn along, its ok. Share dengan ti. Share la dgn sapa2 pun. Asalkan Nani jgn pendam semua tu sorang-sorang. Ok?

Along just nak Nani tau. Sekarang ni Nani dah nampak masa depan Nani. Jangan rasa menyesal. Sungguh. Kami semua support Nani dari sini. Bak kata Mak Ndak, habis 3 tahun ni, sambung ja blajaq kalau nani nak. Mana tau one day tetiba jadi DR. HANANI plak kan? hihi.. Insyallah along doakan yang terbaik untuk adik-adik. Nani tengok macam along. 5 tahun belajaq tak tau lagi nak kemana. Ti dgn nani dah lepas dah. Syoq ja kan? Tapi tak pa. Rezeki Allah ni ada kat mana-mana. 

So, nani... Hope nani boleh survive hidup kat sana. Tak jauh pun kan. Apa-apa halo-halo ja along k? Jaga diri jaga kesihatan kat sana elok-elok. Cari kawan yang boleh bantu kita melangkah. Jangan cari kawan yang boleh bantutkan langkah kita. So, kat sini along upload pic masa nani kat UIA dgn kat johor haritu. Boleh la nak wat2 lepas rindu... hihi... LOVE U ADIK NANI...!!!








Saturday, 30 June 2012

Minggu Exam part 4...

السلام عليكم

Wah... Finnaly... Minggu exam telah berakhir!!!! Tak tau dah nak cakap macam mana. Sem ni sangatlah struggle. Honestly, untuk kekalkan apa yang dah dapat sebelum ni sgtlah susah. Sorry mak, ayah. Along minta maaf awai-awai ni. Huhu. 

So, sem ni best. Even seperti yang dah cakap tadi sgt struggle. Sem ni banyak wat assignment kat luar. Cam subject docu aku jelajah dah Muzium Perang kat Penang. Then, untuk subjek Docu grouping pulak kami spent time ke Istana Billah, Perak. Alhamdulillah! Semuanya berjalan lancar.

Ok!!! Cakap fasal assignment, wooohooo.... Nak tegheyak ooo sem ni. Antara percaya atau tidak, exam sekarang dah habis tapi assignment ya ampun. Berpuluh-puluh pages lagi. Bila nak buat tu? Huhu... Kesian kat otak cek. Sabaq noh... Assignment yang paling best and enjoy untuk sem ni dimenangi olehhhhhh taraaaa... STORYTELLING FOR ANIMATIONNN!!!! Pommmm pommm!!! Ok dengar bunyi mercun sikit. Tanda meriah kan. Even subjek tu sangat taugh, tapi enjoy. Thnks 4 ALLAH sebab bagi idea yang sebegitu. And also thnks 4 my lovely character, PA-CHICK & MA-CHICK. Nanti cek wat entry khas untuk PA-CHICK & MA-CHICK ok?

Hihihi.. Oklah... Saja menghiasi entry ni sambil2 tunggu my family tiba di bumi Puncak Perdana ni. So, enjoyla pic kami dan kami yang tengah menghadapi minggu2 peperiksaan. Pulun sungguh...!  ^_^



Thnks 4 en Irwan Ferdaus yang sedekahkan CRISPY ni. Hahaha...











Ni dia sebelum presentation Filo..!

Udah2 le study tu kakkk... haha



Aku syg pemadam legend aku tu. 5 tahun dah dia.



Soalan nombor 4 tu memang aku takkan lupa sampai bila-bila. ILOVEU Jean Baudrillard!!! Earghh!!!

[23:06] [30/06/2012]

Tuesday, 26 June 2012

Main-main salji dengan Cik Hany dan Cik Angah...

Tu dia... ni namanya orang xpenah p obesi... So, disebabkan cik Hany kesayangan datang dari Johor semata-mata untuk lepaking sama-sama, aku pun decide dgn Zura bawak jalan-jalan area Shah Alam. Kalau nak ikut planning memang nak pegi merata. Cuma x sempat. Nak ke Putrajaya naik Hot Ballon pun xsempat walaupun keinginan tu sgt tinggi... Sedih... Tapi pape pun thnks kat Hani Liyana dan cik Angah yang sudi gelak-gelak sama2 pada hari tersebut. Saya sangat-sangat enjoyyyy!!! Huhu Fana x join sebab ada hal katanya... Tu la u yang... tah bila lagi nak tggu musim salji ni... :( Hihihi... Buat cik Angah yang cramp kaki tu,   len kali kita p kita pkai stokin berlayer-layer okey? hahahaiii...






















[12:10] [27/06/2012]

Istana Billah...

Just nak sharing pengalaman kitorang ke Istana Billah di Perak. Melancongkah? Oh tidak... Pegi ni pun sebab nak setlekan assignment skrip dokumentari (20 pages tu...). Tapi Alhamdulillah. Seuanya dah settle walaupun macam-macam halangan yang timbul seblum ke sana. BTW, TERIMA KASIH tak terhingga buat mak cik Zaharah dan keluarga yang sangat sporting dan sempoi. Insyallah Raya nanti kitorang join beraya sama-sama kat sana. Nak jugak merasa macam mana orang Mandailing beraya kan... hehehehehe... 






Hahahahah... tgk mata-mata kami semua... Sepet kan? ni penangan tidor sejam. terbaikk... xpe.. dah habis study nanti mna nak dapat dah pengalaman macam ni... Episod kenangan ni xkan ada balik dah... Love u guys... Thnks...

[11:05] [27/06/2012]